LORENZO Sonego meraikan kejayaan menewaskan Nicolas Mejia. FOTO EPA
LORENZO Sonego meraikan kejayaan menewaskan Nicolas Mejia. FOTO EPA
Agensi

Turin: Pasukan pilihan, Persekutuan Tenis Rusia membuka kempen Piala Davis apabila mencatatkan kemenangan ke atas Ecuador, Britain menewaskan Perancis manakala Itali menempah tiket ke suku akhir selepas menewaskan Colombia.

Bagaimanapun juara 28 kali, Australia hampir pasti tersingkir di sebalik menewaskan Hungary 2-1.

Serbia yang diketuai Novak Djokovic pula tewas 1-2 kepada Jerman dalam Kumpulan F ketika pemain nombor satu dunia itu tewas dalam acara beregu yang juga perlawanan penentuan.

Itali yang menewaskan Amerika Syarikat (AS) pada perlawanan pembukaan Kumpulan E, memenangi kedua-dua aksi perseorangan ketika bertemu Colombia.

Lorenzo Sonego mengambil masa lebih dua jam setengah untuk menewaskan Nicolas Mejia 6-7 (5/7), 6-4, 6-2.

Manakala Jannik Sinner pula tidak berdepan masalah menewaskan Daniel Gallan 7-5 6-0.

Britain pula bermula cemerlang apabila menewaskan Perancis dalam Kumpulan C dengan Dan Evans mengatasi Adrian Mannarino 7-5 6-4.

Cameron Norrie kemudian menewaskan Arthur Rinderknech 6-2 7-6 (8).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 November 2021 @ 10:17 AM