Saurav Ghosal. FOTO SRAM
Saurav Ghosal. FOTO SRAM
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Pemain skuasy India yang juga pilihan kedua kejohanan, Saurav Ghosal berjaya merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia selepas menumpaskan Miguel Rodriguez di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Saurav berjaya mencatat kemenangan 11-7, 11-8, 13-11 ketika berdepan Rodriguez dari Colombia yang juga pilihan utama kejohanan.

"Ia perlawanan yang sukar hari ini dan itulah yang saya jangkakan apabila perlu berdepan Miguel, seorang pemain berada pada prestasi terbaik sepanjang minggu.

"Saya melihat bagaimana dia beraksi ketika berdepan Ng Eain Yow dan dia beraksi dengan sangat baik. Jadi saya harus berada pada tahap yang sama untuk berdepan dengannya.

"Saya mempunyai perancangan tersendiri dan saya sentiasa memberi segala tindak balas di atas setiap pukulan yang diberikan kepada saya.

Sudah tentu sangat menyenangkan dapat muncul juara hari ini dan ditujukan khas buat jurulatih saya, Malcolm Willstrop yang meninggal dunia tahun ini.

"Corak permainan saya hari ini adalah disebabkan sentuhan yang banyak diberikannya dan pujian harus diberikan kepadanya," kata Saurav.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 10:24 PM