Aksi Andy Murray membalas pukulan Hubert Hurkacz di kejohanan tenis ATP Terbuka Erste Bank dekat Vienna, Austria. FOTO EPA
Aksi Andy Murray membalas pukulan Hubert Hurkacz di kejohanan tenis ATP Terbuka Erste Bank dekat Vienna, Austria. FOTO EPA
AFP

Vienna: Bekas pemain nombor satu dunia, Andy Murray menyingkirkan pemain pilihan kelima Hubert Hurkacz 6-4, 6-7 (6/8), 6-3 dalam pusingan pembukaan di Vienna, pagi ini.

Murray sebelum ini tewas dua kali kepada Hurkacz yang juga pemain yang mara ke separuh akhir Wimbledon tahun ini.

Juara tiga kali Grand Slam, yang ranking menurun kepada 156 selepas beberapa siri kecederaan akan berdepan pemain remaja Sepanyol, Carlos Alcaraz pada pusingan kedua kejohanan yang dimenangi pada 2014 dan 2016.

"Ia perlawanan yang baik dan tidak harus berakhir seperti itu," kata Murray.

"Saya kecewa kerana tercicir mata pada perlawanan awal namun bersyukur kerana berjaya bangkit semula pada perlawanan berikutnya dan dari situ saya mungkin berhak meneruskan kemaraan. Ia adalah kemenangan yang bagus dalam berdepan rintangan sukar."

Kekalahan Hurkacz memberi tamparan hebat kepada harapannya untuk mara ke ATP Finals penghujung musim.

Dia ketika ini memperoleh tempat kelayakan final tetapi kedudukan itu mungkin diambil alih oleh juara Antwerp, Jannik Sinner, minggu ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 7:59 AM