FURY (kiri) Wilder saling melempar kata-kata kesat pada sidang media. -FOTO AFP
FURY (kiri) Wilder saling melempar kata-kata kesat pada sidang media. -FOTO AFP
AFP

Las Vegas: Sidang media membabitkan Tyson Fury dan Deontay Wilder bertukar kecoh dan kedua-dua petinju itu terpaksa dipisahkan selepas insiden kata-kata kesat ketika sidang media pertembungan merebut gelaran heavyweight dunia hari ini.

Fury mempertaruhkan tali pinggang Majlis Tinju Dunia di Las Vegas Sabtu ini apabila dia berdepan Wilder buat kali ketiga, 20 bulan selepas menumbangkan petinju Amerika Syarikat (AS) itu dalam pertemuan kedua mereka.

Pada sidang media yang disiarkan secara langsung di televisyen AS - menyaksikan kekecohan mula timbul apabila Fury mengejek Wilder di atas kekalahannya kepada "Gypsy King" tahun lalu.

Ketika kemarahan semakin meningkat, penganjur mahu membawa kedua-dua petinju untuk bersemuka yang juga acara tradisi sukan itu sebelum promoter Fury, Bob Arum membatalkannya bagi menenangkan keadaan.

Fury dan Wilder – yang juga bergaduh ketika sidang media menjelang pertemuan pertama mereka di Los Angeles pada 2018 – dipisahkan di pentas tidak lama selepas itu.

Pertarungan membabitkan dua petinju itu di MGM Grand Garden Arena bertukar menjadi jelek ketika Fury berhadapan dengan Wilder atas tuduhan petinju Amerika yang mengatakan Fury melakukan pembohongan semasa pertarungan terakhir.

"Apa yang saya katakan adalah benar. Saya mempunyai bukti.

"Saya tahu banyak perkara. Saya mempunyai bukti kesahihan yang berlaku. Lelaki menipu dan wanita menipu. Tapi mata anda tidak tidak boleh menipu apa yang anda lihat.," kata Wilder.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 Oktober 2021 @ 10:48 AM