JOSHUA yakin mampu menumbangkan Usyk - FOTO AFP
JOSHUA yakin mampu menumbangkan Usyk - FOTO AFP
AFP

London: Anthony Joshua berkata dia senang untuk berdepan dengan mana-mana pencabar walaupun King Kong.

Ini membuktikan bahawa dia tidak berniat untuk mengosongkan tali pinggang kelas heavyweight yang dimilikinya bagi mengelak bertemu Oleksandr Usyk.

Petinju Britain berkenaan bersedia untuk mempertaruhkan tali pinggang heavyweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Organisasi Tinju Dunia (WBO) dan Persekutuan Tinju Antarabangsa (IBF) untuk menentang pencabar wajib WBO dari Ukraine itu di London esok.

Usyk yang belum pernah tumpas adalah bekas juara dunia kelas cruiserweight dan mampu memberikan kesukaran buat Joshua, kerana lawannya adalah petinju berkemahiran tinggi.

Bagaimanapun, Joshua kekal bahawa dia tidak gentar dengan Usyk atau mana-mana lawan sekali pun.

"Saya sebenarnya tidak berdepan dengan lawan yang lebih baik kerana saya mahu orang hormat saya atau sebaliknya.

"Ia tidak menyulitkan. Kalau anda suruh saya lawan King Kong sekali pun, saya akan meluru ke depan.

"Ia adalah peluang terbaik buat saya untuk bekerja. Inilah kerja saya. Saya akan bekerja seperti biasa, dia juga akan bekerja. Ia adalah satu rahmat. Ini adalah hari yang terbaik buat saya. Saya bukan lawan yang mudah buat sesiapa pun," kata Joshua.

Jika petinju berusia 31 tahun itu mampu mempertahankan kejuaraan berdepan Usyk, dia berharap mampu menentang seteru Britain dan juara Majlis Tinju Dunia (WBC), Tyson Fury.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 11:58 AM