AKSI Emma di Terbuka AS. FOTO EPA
AKSI Emma di Terbuka AS. FOTO EPA
Agensi

London: Bintang tenis, Emma Raducanu mendedahkan keterujaannya bertemu Lewis Hamilton pada satu pertemuan di Met Gala.

Juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu berkata bahawa dia adalah peminat sukan permotoran dan sangat teruja dapat bertemu legenda Formula Satu (F1) itu ketika di New York.

"Saya berkesempatan menghadiri Meg Gala dan bercakap bersama Lewis Hamilton. Sangat teruja dapat bertemu dan bercakap dengannya.

"Saya juga berasa sangat bangga dan bertuah dijemput ke majlis itu," katanya.

Sementara itu, Emma mengakui belum melihat baki di banknya selepas meraih wang kemenangan berjumlah £1.8 juta (RM10.3 juta) di Flushing Meadows.

"Saya belum membeli apa-apa. Saya tahu tenis adalah sukan yang agak mahal, jadi wang kemenangan itu akan terarah kepada perkara berkenaan.

"Saya tidak fikirkan untuk berbelanja perkara lain. Saya juga tahu perlu membayar cukai yang agak tinggi.

"Masih belum berkesempatan melihat akaun bank kerana baru tiba di rumah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 September 2021 @ 12:44 PM