PACQUIAO akan menentang Ugas bukannya Spence yang menarik diri pada saat akhir. FOTO AFP
PACQUIAO akan menentang Ugas bukannya Spence yang menarik diri pada saat akhir. FOTO AFP
AFP

Las Vegas: Manny Pacquiao berkata, pertukaran lawan tidak menjejaskan sesi latihannya untuk merebut kembali mahkota gelaran dunia welterweight selepas dua tahun bersara dari gelanggang.

Bintang tinju Filipina akan berdepan juara WBA, Yordenis Ugas di Las Vegas T-Mobile Arena dalam pertarungan yang disusun selepas lawan sebenar, Errol Spence Jr menarik diri kerana bergelut dengan kecederaan mata.

Penarikan diri pada saat akhir oleh Spence yang masih belum ditewaskan dalam pertarungan IBF dan juara WBC itu, mengecewakan Pacquiao, 42, yang mengidamkan satu pertarungan hebat pada penghujung kariernya.

Perkara itu menyebabkan Pacquiao yang tidak turun bertarung sejak menewaskan Keith Thurman untuk merangkul gelaran WBA pada Julai 2019, perlu menyusun semula latihannya kerana akan berdepan dengan lawan yang mempunyai tumbukan tangan kanan berbanding tangan kiri sebelum ini.

Pacquiao (62-7-2, 39 kalah mati) perlu mengatur semula taktikal perlawanan dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi pertarungan yang ke-72 sepanjang karier profesional yang bermuka sejak 1995.

"Saya hanya memerlukan dua hari untuk mengatur semula latihan berdepan Ugas," kata Pacquiao. "Saya pernah berdepan dengan ramai lawan yang menggunakan tangan kanan sebelum ini.

"Lebih sukar untuk membuat persediaan dari lawan tangan kanan ke tangan kiri. Kebanyakan lawan saya adalah tangan kanan, jadi tiada apa yang perlu bimbang mengenainya."

Pertarungan yang disusun dalam waktu singkat itu memberi peluang kepada Pacquiao untuk lebih meraih mata.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Ogos 2021 @ 1:02 PM