YANA dikatakan melakukan kesilapan yang mencurigakan pada aksi Terbuka Perancis tahun lalu. FOTO Agensi
YANA dikatakan melakukan kesilapan yang mencurigakan pada aksi Terbuka Perancis tahun lalu. FOTO Agensi
AFP

Paris: Polis Paris menahan pemain tenis Russia, Yana Sizikova selepas disyaki mengatur perlawanan aksi beregu di Terbuka Perancis tahun lalu.

Yana, 26, yang menduduki ranking 101 dunia bagi acara beregu wanita, ditahan malam semalam selepas beraksi dalam kejohanan yang sama tahun ini.

Siasatan terhadap kemungkinan berlakunya rasuah dan penipuan dibuka Oktober lalu pada perlawanan pusingan pertama 2020 yang menyaksikan Yana dan pasangannya dari Amerika Syarikat (AS), Madison Brengle dikalahkan oleh gandingan Romania, Andreea Mitu dan Patricia Maria Tig.

Kecurigaan timbul kerana kegiatan pertaruhan yang tinggi terhadap kejohanan itu membabitkan negara-negara di luar Perancis selepas ia dilaporkan kepada penguatkuasa.

Aksi permainan kelima di set kedua dianalisa oleh penyiasat selepas terdapat dua double fault yang mencurigakan dilakukan Yana.

Semalam, Sizikova dann gandingan barunya, Ekaterina Alexandrova kalah teruk dalam tempoh sejam 1-6, 1-6 ketika menentang pasangan Australia, Storm Sanders dan Ajla Tomljanovic di pusingan pertama beregu wanita.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 Jun 2021 @ 10:08 PM