Kejohanan pentas cungkil bakat atlet berbasikal. FOTO Agensi
Kejohanan pentas cungkil bakat atlet berbasikal. FOTO Agensi

Paris: Kejohanan Basikal Trek Eropah bulan depan dibatalkan berikutan situasi semasa keadaan politik di Belarus.

Kejohanan yang berlangsung selama lima hari itu dijadualkan bermula pada 23 Jun ini di Minsk.

Ahad lalu, Belarus menggunakan kapal terbang perang mereka untuk memaksa pesawat penumpang mendarat di Minsk dalam usaha menahan seorang wartawan.

Enrico Della Casa, presiden Kesatuan Basikal Eropah (UEC) berkata pertubuhan itu kini sedang mempertimbangkan venue lain

"Kami sebelum ini sentiasa mengikut perkembangan situasi itu bersama Persekutuan Basikal Belarus yang kini menjadi perbahasan antarabangsa dan hari ini ketika mesyuarat lembaga pengurusan, kami mengambil keputusan untuk membatalkan acara ini di Minsk," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Mei 2021 @ 6:20 PM