Gianni Moscon (kiri) menerima saingan sengit Grossschartner pada perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Alps. FOTO Agensi
Gianni Moscon (kiri) menerima saingan sengit Grossschartner pada perlumbaan peringkat ketiga Jelajah Alps. FOTO Agensi
AFP

Milan: Pelumba Itali, Gianni Moscon merangkul kemenangan kedua saingan peringkat dalam tempoh tiga hari Jelajah Alps ketika pelumba Britain, Simon Yates mengekalkan pendahulu keseluruhan perlumbaan dengan berbaki dua hari.

Moscon, yang berharap dapat mewakili pasukannya, Ineos bagi perlumbaan Giro d'Italia bulan depan, melintasi garisan penamat mengatasi Felix Grossschartner selepas peringkat ketiga membabitkan 162 kilometer(km) antara Imst di Austria dan Naturno dekat Itali.

Pelumba berusia 27 tahun itu berjaya mengungguli saingan selepas melakukan pecutan menakjubkan untuk menyamai aksi kejayaan solonya di peringkat pertama dekat Innsbruck.

Empat pelumba berjaya memecut keluar daripada pelonton dengan baki 22km dan Moscon menamatkan perlumbaan mengatasi pelumba Austria, Grossschartner, dengan Michael Storer dari Australia di tempat ketiga.

Simon Yates dari Bike Exchange yang memenangi peringkat sebelumnya kekal sebagai pendahulu keseluruhan dalam perlumbaan lima hari itu.

"Pada Isnin saya memecah air batu di Innsbruck, kini saya sudah meningkatkan keyakinan saya dan merasai kejayaan ini," kata Moscon.

"Impian untuk mencatat hatrik di Trentino saya begitu membuak ketika ini.

"Esok kami berdepan peringkat sukar dan penting, malah kami bersedia untuk mencabar."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 April 2021 @ 9:58 AM