DJOKOVIC meraikan kemenangan menewaskan Sinner. FOTO AFP
DJOKOVIC meraikan kemenangan menewaskan Sinner. FOTO AFP
AFP

Monaco: Novak Djokovic menewaskan pemain remaja Itali, Jannik Sinner 6-4, 6-2 di Monte Carlo dalam penampilan pertama pemain nombor satu dunia itu sejak menjuarai Terbuka Australia pada Februari lalu.

Rafael Nadal yang dijangka ditemuinya di final tidak berdepan masalah mengatasi cabaran Federico Delbonis 6-1, 6-2 walaupun baru pulih kecederaan dialami pada aksi suku akhir di Melbourne.

Sinner, 19, semakin mencipta nama sejak mara ke final Terbuka Miami bulan ini. Pemain nombor 22 dunia itu menewaskan pemain Sepanyol, Albert Ramos-Vinolas dengan straight set 6-3, 6-4 untuk menempah pertemuan kali pertama dengan Djokovic.

Tetapi perlawanan di Monte Carlo Country Club bertukar berat sebelah dengan Djokovic mara ke pusingan berikutnya dalam masa satu jam 34 minit.

"Sangat bagus" kata Djokovic mengenai prestasinya.

"Saya perlu puas hati. Menentang Sinner yang kini berada di kemuncak prestasi memang sengit, dia memukul bola dengan sangat baik.

Sementara itu, Sinner berkata fokusnya semakin meningkat.

"Itu yang cuba saya lalukan. Cuba belajar daripada perlawanan ini walaupun kadang kala ia sukar diterima,'' katanya.

Juara Grand Slam 18 kali, Djokovic akan menentang pemain Britain, Dan Evans yang menyingkirkan Hubert Hurkacz untuk memburu tempat ke suku akhir.

Nadal pula hanya memerlukan 81 minit sebelum menghantar pulang pemain nombor 87 dunia, Delbonis dengan Grigor Dimitrov menunggunya di pusingan berikutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 April 2021 @ 11:33 AM