Anthony Joshua (kiri) dan Tyson Fury akan bertarung untuk gelaran heavyweight dunia.
Anthony Joshua (kiri) dan Tyson Fury akan bertarung untuk gelaran heavyweight dunia.
Agensi

Las Vegas: Pertarungan membabitkan Anthony Joshua berdepan Tyson Fury akan berlangsung pada 24 Julai ini tetapi jika ia hanya dilangsungkan di Wembley dengan kapasiti 100,000 peminat.

Demikian menurut Eddie Hearn promoter perlawanan Joshua.

Bintang tinju itu menetapkan venue bagi pertembungan bagi kejuaraan heavyweight dunia.

Butiran lanjut kontrak dan venue yang berpotensi dibincangkan dalam tempoh terdekat.

Hearn tidak menolak kemungkinan pertarungan itu tertangguh sehingga penghujung tahun ini.

Wembley adalah salah satu venue pilihan namun terdapat kekangan untuk memenuhi penonton dengan jumlah yang besar berikutan sekatan Covid-19.

Hearn berkata: "Kami semakin hampir. Kedua-dua wakil daripada pasukan masing-masing sudah membentangkan pilihan untuk pertarungan pada musim panas ini.

"Joshua tidak banyak bercakap mengenai pertarungan - tetapi dia akan bercakap apabila ia makin hampir. Anda dapat bayangkan keghairahan makin terasa.

"Kami berada di kedudukan yang baik dengan beberapa tawaran lumayan. Saya sangat yakin. Sangat senang dapat melihat Fury dengan kesungguhan kerana ia semakin hampir.

"Keseluruhan pasukan akan kembali berkumpul bersama. Kami bekerja keras dan kami mahu memastikan semuanya berjalan lancar."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 1:31 PM