AKSI Medvedev ketika bertemu Lu. FOTO AFP
AKSI Medvedev ketika bertemu Lu. FOTO AFP
AFP

Miami: Daniil Medvedev meraikan kejayaan menduduki ranking kedua dunia apabila mudah mengatasi wakil Taiwan, Lu Yen-Hsun kurang sejam di Terbuka Miami.

Medvedev memerlukan masa hanya 56 minit untuk menewaskan Lu 6-2, 6-2 sekali gus mara ke pusingan ketiga bertemu pemain Australia, Alexei Popyrin yang menewaskan Reilly Opelka 6-4, 6-2.

Pemain ranking nombor dua wanita, Naomi Osaka yang menjadi pilihan kedua di belakang sensasi Australia, Ashleigh Barty berdepan aksi lebih sukar.

Bagaimanapun dia berjaya mengatasi tekanan pada perlawanan pertamanya selepas memenangi Terbuka Australia untuk menewaskan wakil Australia, Ajla Tomljanovic 7-6 (7/3), 6-4.

Pilihan ketiga kejohanan, Alexander Zverev yang diletakkan selaku pilihan ketiga dan menduduki ranking ketujuh dunia, tewas mengejut kepada pemain ranking ke-83, Finn Emil Ruusuvuori 6-1, 3-6, 1-6.

Medvedev muncul pemain pertama di luar bintang 'Big Four', iaitu Novak Djokovic, Roger Federer, Rafael Nadal dan Andy Murray yang berjaya menduduki ranking kedua dunia sejak Lleyton Hewitt melakukannya pada 2005.

"Saya mahu meraih lebih banyak kejayaan lagi selepas ini. Saya rasa situasi sama juga akan dirasai oleh pemain lain.

"Saya gembira dengan pencapaian saya tetapi masih banyak lagi yang perlu diperbaiki," kata Medvedev.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Mac 2021 @ 10:27 AM