Fury (kanan) dan AJ bakal bertarung. FOTO Agensi
Fury (kanan) dan AJ bakal bertarung. FOTO Agensi
AFP

London: Tyson Fury berkata dia mampu menumbangkan rakan senegara dari Britain yang juga juara heavyweight dunia, Anthony Joshua (AJ) dalam dua pusingan berdasarkan prestasi semasanya.

Fury yang juga pemegang tali pinggang WBC memberitahu susulan dua pertarungan Joshua yang lalu - keputusan menerusi kiraan mata kemenangan ke atas Andy Ruiz Junior pada Disember 2019 dan kemenangan pada sembilan pusingan ke atas Kubrat Pulev - pertarungan yang boleh dianggap pertandingan sebenar.

Fury memperoleh kemenangan menerusi kiraan mata ke atas petinju Sweden, Otto Wallin pada September 2019 sebelum aksi bertenaga dalam tujuh pusingan untuk merampas kejuaraan WBC ke atas Deontay Wilder Februari lalu.

"Saya tak percaya dia (Joshua) bagus seperti orang ramai jangkakan mengenai dirinya, atau dia tidak percaya kepada dirinya sendiri," kata Fury kepada Sky Sports.

"Dia berdepan masalah keyakinan. Dia tampil dalam dua aksi yang goyah dan tinju adalah mengenai siapa yang berada pada tahap prestasi terbaik dan siapa yang tidak.

"Pada dua pertarungan terakhirnya, dia tidak berada dalam keadaan yang baik."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 January 2021 @ 10:42 PM