DJOKOVIC dikatakan mampu meraih tiga kejuaraan Grand Slam tahun depan. FOTO Agensi
DJOKOVIC dikatakan mampu meraih tiga kejuaraan Grand Slam tahun depan. FOTO Agensi
Agensi

London: Jaguh tenis Switzerland, Roger Federer merindui aksi di dalam gelanggang selepas terlepas hampir keseluruhan musim berikutan pembedahan lutut kanannya namun Novak Djokovic dijangka menjadi penghalang kebangkitannya musim depan.

Dia sangat bernasib baik kerana dalam masa sama aksi musim ini terganggu dengan pandemik seterusnya membolehkan dia fokus kepada pemulihan dan mempersiapkan diri untuk 2021.

Satu-satunya kejohanan disertai ialah Terbuka Australia, apabila dia mara sehingga ke separuh akhir dan tewas kepada pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

Musim depan dia akan memulakan kembali saingan di Australia dan mengumumkan sudah bekerja keras mempersiapkan diri di kejohanan itu,

Bagaimanapun, bekas pemain nombor empat dunia, Greg Rusedki percaya Djokovic sekali lagi akan menjadi penghalang Federer.

"Djokovic akan memecahkan rekod Federer, dia memang tidak banyak mencatat kemenangan atau kejuaraan tapi dia akan memintas dari segi jumlah keseluruhan juara Grand Slam.

"Saya rasa pertembungan adalah di antara kedua-dua pemain ini. Selepas tidak memenangi Terbuka Amerika Syarikat, Djokovic terlepas daripada menambah 18 kejuaraan Grand Slam.

"Satu-satunya pemain yang dapat memintas rekod Federer (20 kejuaraan Grand Slam) adalah Djokovic. Dia mampu meraih dua atau tiga kejuaraan Grand Slam tahun depan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Disember 2020 @ 2:57 PM