Medvedev singkirkan Nadal di separuh akhir ATP Finals. FOTO Agensi
Medvedev singkirkan Nadal di separuh akhir ATP Finals. FOTO Agensi
AFP

London: Daniil Medvedev menghantar Rafael Nadal pulang selepas pertarungan panjang di ATP Finals di London untuk mengesahkan tempat dalam saingan akhir Dominic Thiem.

Pemain nombor dua dunia dari Sepanyol, yang tidak pernah memenangi kejuaraan kejohanan elit itu dalam koleksi kerjayanya tewas 3-6, 7-6 (7/4), 6-3.

Sementara itu, pada aksi lebih awal, juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Thiem bangkit pada set penentuan menentang Djokovic untuk menang 7-5, 6-7 (10/12), 7-6 (7/5).

Medvedev menjadi pemain paling menyerlah dalam jelajah itu selepas menjuarai Paris Masters - memberi tekanan kepada Nadal menerusi servis kencang dalam aksi di O2 Arena.

Dominic Thiem (kanan) kalahkan Djokovic untuk ke final ATP Finals. FOTO Agensi
Dominic Thiem (kanan) kalahkan Djokovic untuk ke final ATP Finals. FOTO Agensi

Kemenangan Thiem ke atas Djokovic menghancurkan harapan pemain nombor satu dunia itu untuk menyamai pencapaian Roger Federer yang merekodkan enam kejuaraan di acara elite yang membabitkan saingan lapan pemain itu.

Naib juara 2019 akan berdepan cabaran secara psikologi selepas ketinggalan empat mata di set kedua penentuan sebelum bangkit memenangi saingan.

"Sudah pastinya ia adalah pertarungan dari segi mental," kata Thiem.

"Saya begitu rapat pada set kedua tie-break, pertama sekali kerana berdepan legenda sememangnya menjadi sesuatu yang istimewa.

"Dan kemudian beraksi untuk final di ATP Finals juga sesuatu yang sangat istimewa. Saya fikir selepas kejuaraan terbesar pertama saya di New York, mungkin saya akan lebih tenang tetapi ia adalah kesilapan sebenar pada pandangan saya."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 1:13 PM