Leong Mun Yee. FOTO Owee Ah Chun
Leong Mun Yee. FOTO Owee Ah Chun
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Belanjawan sebanyak RM55 juta yang diperuntukkan termasuk untuk pembangunan sukan wanita di negara ini memperlihatkan kerajaan bersedia membuka lebih banyak peluang pencarian bakat di kalangan wanita.

Ia satu langkah awal untuk meneruskan kesinambungan atlet sedia ada yang akan menjadi pelapis kepada atlet sedia ada.

Bagi penerjun negara, Leong Mun Yee, dia yakin dengan peruntukan dana yang diberi itu akan menyaksikan lebih ramai atlet wanita dapat dilahirkan.

"Bajet yang diberikan itu boleh menggalakkan lebih ramai kaum wanita untuk mencuba sukan terutamanya terjun.

"Sebab jika ada bajet mesti lebih banyak program dapat dijalankan maka akan lebih banyak bakat baru dapat dicungkil untuk terus menggalakkan kaum wanita menjadikan atlet sebagai kerjaya," katanya.

Aksi Hanis Nadiah Onn bersama skuad kebangsaan. FOTO Ihsan MHC
Aksi Hanis Nadiah Onn bersama skuad kebangsaan. FOTO Ihsan MHC

Sementara itu, bagi penyerang hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn gembira atas keprihatinan kerajaan menyalurkan belanjawan kepada atlet wanita dan juga hoki khasnya.

Ia pasti akan membantu pencarian bakat muda dan program yang dirancangkan iaitu Program Pembangunan Hoki Negara (NHDP) akan dapat dilaksanakan dengan lebih terperinci.

"NHDP ini satu program yang amat baik sekali dan bagus untuk pembangunan skuad kebangsaan.

"Selepas ini setiap negeri akan ada pasukan hoki sendiri jadi lebih banyak banyak bakat baru akan dapat dikesan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2020 @ 9:10 PM