SONEGO melakarkan kemenangan untuk mara ke final Vienna ATP. FOTO AFP
SONEGO melakarkan kemenangan untuk mara ke final Vienna ATP. FOTO AFP
AFP

Vienna: Pemain Lorenzo Sonego dari Itali meneruskan rentak kemenangan selepas menewaskan pemain nombor satu dunia Novak Djokovic di suku akhir sebelum ini, menewaskan pemain Britain, Dan Evans untuk mara ke final Vienna ATP.

Sonego mengutuk Djokovic di atas kekalahan terburuk dalam pertarungan tiga set di suku akhir yang mana menyaksikan juara 17 kali kejohanan utama itu hanya menang tiga permainan.

Pemain ke-42 dunia itu menyifatkannya sebagai 'kemenangan terbaik dalam hidupnya' menang 6-3, 6-4 dan akan berdepan bintang Russia, Andrey Rublev dalam aksi final hari ini.

"Saya sangat gembira. Perlawanan Evans semalam tidak mudah kerana dia pemain yang mempunyai bakat yang hebat," kata Sonego.

"Dia mempunyai pukulan kilas yang baik dan itu bukan mudah. Tapi hari ini saya menang dan sangat gembira."

Sonego, 25, sebelum ini tewas di pusingan kelayakan terakhir di ibu negara Austria kepada Aljaz Bedene enam hari lalu itu sangat bertuah apabila menyertai senarai utama kerana Diego Schwartzman menarik diri.

Pemain nombor lapan dunia Rublev mara ke final selepas Kevin Anderson dari Afrika Selatan menarik diri kerana kecederaan 6-4, 4-1.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 November 2020 @ 1:33 PM