AKIMULLAH (kanan) antara pemain muda yang menyerlah. FOTO FB MHC
AKIMULLAH (kanan) antara pemain muda yang menyerlah. FOTO FB MHC
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Tewas bukanlah segalanya buruk apabila barisan pemain muda hoki negara menunjukkan peningkatan positif hasil daripada tiga perlawanan persahabatan menentang Jepun dan Great Britain.

Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, beberapa pemain muda seperti Akimullah Anuar dan Azrai Aizad Abu Kamal cukup menyerlah ketika turun menentang dua pasukan handalan itu.

Beliau berkata, pemain muda ketika ini menunjukkan semangat juang tinggi sekali gus petanda positif dalam membentuk skuad lebih mantap pada masa akan datang.

"Pemain muda seperti Akimullah dan Azrai menunjukkan aksi terbaik. Sememangnya pemain terbabit bermain dengan cukup cemerlang dengan semangat juang tinggi.

"Kita akan terus pastikan pasukan negara menghasilkan keputusan lebih positif pada perlawanan akan datang," katanya.

Terdahulu, skuad kebangsaan tewas buat kali ketiga berturut-turut apabila sekali lagi kalah kepada Jepun 0-1 pada perlawanan persahabatan ketiga semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 April 2021 @ 7:01 PM