Pemain Maghribi memberikan dedikasi khas kepada Abdelhak Nouri selepas kemenangan mengejut ke atas Sepanyol di Piala Dunia. FOTO Agensi
Pemain Maghribi memberikan dedikasi khas kepada Abdelhak Nouri selepas kemenangan mengejut ke atas Sepanyol di Piala Dunia. FOTO Agensi
Agensi

Doha: Pemain Maghribi tujukan dedikasi khas kepada Abdelhak Nouri selepas kemenangan mengejut mereka ke atas Sepanyol di Piala Dunia.

Selepas menewaskan Sepanyol 3-0 menerusi penentuan penalti, pemain Maghribi bergambar bersama kemeja-T tertera nama bekas pemain Ajax yang memakai nombor 34 itu.

Nouri berasal dari Maghribi, mengalami masalah kegagalan jantung pada perlawanan pra musim ketika beraksi di Ajax berdepan Werder Bremen dekat Austria pada 2017.

Pemain berusia 20 tahun itu berada dalam koma dan Ajax mendedahkan lima hari selepas perlawanan itu bahawa warga Belanda itu mengalami kerosakan otak yang 'teruk dan kekal'.

Bekas rakan sepasukannya di Ajax, Justin Kluivert menyifatkan keadaan di padang itu ada detik menakutkan dalam hidupnya.

Kluivert, yang kini dipinjamkan di RB Leipzig dari Roma, berada di padang bersama Nouri pada hari yang menyedihkan itu.

"Ia adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya," kata Kluivert kepada Goal.com.

"Saya sangat terkejut, saya seakan tidak percaya ianya berlaku.

"Satu saat anda berdiri bersamanya di padang dan membuat lawak dan detik kemudiannya semuanya berubah. Ia berlaku sangat pantas.

"Saya mahu bersendiri [selepas kejadian itu]. Saya seorang yang menangani peristiwa emosi sedemikian sendirian. Saya terlalu banyak memikir, mengingatkan diri saya mengenai banyak memori menarik dikongsi bersamanya.

"Saya telah belajar sekali lagi dengan cara baharu bahawa anda perlu menghargai kehidupan kerana ia boleh berubah dari satu saat ke satu masa."

Nouri sedar daripada koma pada Ogos 2018 dan kembali berkomunikasi dengan keluarganya menerusi menggerakkan mulut dan keningnya, tetapi Mac lalu dia pulang ke rumah bersama keluarga, yang menjaganya.

Ajax memberi penghormatan kepada Nouri dengan menamatkan anugerah Bakat Masa Depan kepadanya dan tujukan kejuaraan ke-34 Eredivisie kepadanya - Nouri memakai jersi nombor 34 - selepas pasukan itu memenangi kejuaraan pada 2019.

Beberapa rakan sepaukan Nouri termasuk pemain tengah Manchester United, Donny van de Beek dan pertahanan Brighton, Joel Veltman, turut memakan jersi dengan nombor Nouri, sementara Kluivert adalah pemain Roma dengan jersi nombor 34 selepas berpindah ke sana dari Ajax 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Disember 2022 @ 1:45 AM