Bintang Wales, Gareth Bale menjalani latihan. FOTO Reuters
Bintang Wales, Gareth Bale menjalani latihan. FOTO Reuters
AFP

Doha: Penyerang Wales, Gareth Bale berkata pasukannya perlu memberikan segala yang dimiliki untuk menewaskan England di Piala Dunia pada Selasa selepas tewas pada Iran.

Pasukan kendalian Rob Page itu tewas 2-0 kepada Iran, Jumaat lalu manakala Bale meledak jaringan menerusi penalti pada saingan pembukaan selepas seri 1-1 berdepan Amerika Syarikat (AS).

Wales berada di kedudukan tercorot Kumpulan B dengan hanya mengumpul satu mata.

Untuk layak ke pusingan 16 terbaik, Wales harus menewaskan England dan berharap AS dan Iran mencatat keputusan seri.

Sekiranya salah satu pasukan meraih kemenangan dalam perlawanan Kumpulan B, Wales 'wajib' menewaskan England dengan empat jaringan untuk mara ke pusingan seterusnya.

"Buat masa ini, kami tidak berada di posisi baik, kami tidak meraih kejohanan yang menakjubkan.

"Perkara utama adalah kami kekal bersama sebagai satu pasukan, seperti yang kami biasa lakukan dan kami akan berjuang semula. Kami memiliki segala-galanya.

"Kamu sudah melihat reaksi kami, apabila kami dibolosi ketika menentang Iran, perasaan kami sangat kecewa.

"Semua orang kecewa tetapi kami tetap kekal bersama tidak kira apapun yang berlaku. Kami akan memberikan yang terbaik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 November 2022 @ 2:05 AM