ORANG ramai bergambar dengan jam kira detik menjelang Piala Dunia Qatar 2022 di Doha. FOTO AFP
ORANG ramai bergambar dengan jam kira detik menjelang Piala Dunia Qatar 2022 di Doha. FOTO AFP
AFP

Doha: Perlawanan pembukaan Piala Dunia tahun ini antara tuan rumah, Qatar dan Ecuador, akan diadakan sehari lebih awal iaitu pada 20 November, kata sumber kepada AFP, hari ini.

Perubahan itu yang dijangka diluluskan Majlis Fifa sebelum kira detik 100 hari bermula minggu ini, akan mengekalkan tradisi perlawanan pembukaan membabitkan negara tuan rumah.

Mengikut pelan awal, Senegal akan menentang Belanda pada perlawanan pembukaan pada 21 November, diikuti pertembungan julung kali antara Qatar dan Ecuador, keesokannya.

Sumber Piala Dunia berkata, pengesahan mengenai perubahan itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Fifa dan jawatankuasa penganjur Qatar 2022, enggan mengulas lanjut.

"Ada perbincangan dan persetujuan daripada dua negara dan terdapat permintaan daripada Konfederasi Bolasepak Amerika Selatan (CONMEBOL), kata sumber yang enggan didedahkan kepada AFP, selepas tiada keputusan rasmi diumumkan.

"Kami mahu mengikut tradisi sama ada juara bertahan atau negara tuan rumah yang bermain pada perlawanan pembukaan," kata sumber.

Bagi penyokong yang membeli tiket untuk perlawanan 21 November, tiada kesan ketara bagi mereka, kata sumber.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2022 @ 8:52 PM