MAGUIRE (kanan) melangsungkan perkahwinannya bersama Fern di selatan Perancis. FOTO Agensi
MAGUIRE (kanan) melangsungkan perkahwinannya bersama Fern di selatan Perancis. FOTO Agensi
Agensi

London: Bekas pemain Chelsea, Jacob Mellis berseloroh dengan mengucapkan terima kasih kepada tonggak Manchester United, Harry Maguire kerana tidak menjemputnya ke majlis perkahwinan.

Maguire melangsungkan perkahwinan dengan Fern Hawkins dalam majlis penuh romatik di Perancis, namun Mellis bergurau di media sosial dengan tertanya-tanya mengampa ketua pasukan United itu tidak menjemputnya.

Mellis secara bergurau berkata, 'terima kasih kerana menjemputnya' selepas Maguire sah menjadi suami kepada Fern tatkala mereka berdua sudah bercinta sejak zaman remaja.

Pemain antarabangsa England itu memuat naik gambar yang sangat indah di majlis perkahwinannya di Chateau de Varennes selatan Perancis.

Bagaimanapun, rakan Maguire, Mellis bergurau dengan mempersoalkan dia tdaik mendapat jemputan selepas melihat gambar pasangan romantik itu.

"Terima kasih kerana menjemput saya sahabat," tulis Mellis di Instagram Maguire sambil disertakan dengan emoji ketawa.

Bagaimanapun, tidak ada niat jahat dengan kata-kata yang dilemparkan Mellis, kerana dia menyambung komennya dengan ucapan tahniah dan emoji berbentuk hati.

Difahamkan pasangan berkenaan dan jemputan diterbangkan dengan jet peribadi ke Perancis Khamis lalu.

Fern kemudian disertai pengapitnya termasuk isteri penjaga gol England, Jordan Pickford, Megan Davison.

Adik Harry, Daisy, 21, menjadi pengapit terhormat majlis berkenaan manakala abangnya, Laurence, 25, dan Joe, 30, juga menaiki jet terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Jun 2022 @ 12:46 PM