LIVERPOOL bersedia tawar gaji lebih tinggi kepada Gavi. -FOTO AFP
LIVERPOOL bersedia tawar gaji lebih tinggi kepada Gavi. -FOTO AFP
Agensi

London: Liverpool kini bersedia melancarkan bidaan untuk mendapatkan pemain remaja sensasi Barcelona Gavi, menurut laporan di Sepanyol.

Ejen pemain berusia 17 tahun itu dengan kelab akan tamat pada musim panas 2023 dan dia dikaitkan dengan beberapa pasukan besar Liga Perdana Inggeris.

Diario Sport melaporkan bahawa ejen Gavi Ivan de la Pena, dengan pegawai Barcelona tidak bersetuju dengan kontrak baru di Nou Camp.

Perkara itu menyebabkan Barcelona kini perlu mengenepikan ancaman Liverpool yang dikatakan berminat mendapatkan pemain tengah itu.

Laporan daripada penerbitan yang sama awal minggu ini mengatakan bahawa De la Pena tidak berpuas hati dengan presiden kelab Joan Laporta kerana komen yang dibuatnya yang mencadangkan wakil Gavi untuk mengheret rundingan lebih lama dan menangguhkan keputusan mereka.

De la Pena sebaliknya memaklumkan bahawa Gavi masih belum bersetuju dengan terma pembaharuan kontrak daripada kelab itu.

Gavi lah graduan akademi terkenal kelan La Masia bagaimanapun lebih suka kekal di Barcelona selagi mereka bersetuju dengan kontrak baharu.

Liverpool bagaimanapun boleh menawarkan gaji yang lebih tinggi kepada pemain itu memandang keadaan kewangan Barcelona ketika ini.

Gavi membuat penampilan bersama Barcelona musim ini dan menikmati kejayaan yang hebat bersama kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 Mei 2022 @ 11:25 AM