PEMAIN sayap Liverpool, Luis Diaz pada sesi latihan bersama pasukannya. FOTO EPA
PEMAIN sayap Liverpool, Luis Diaz pada sesi latihan bersama pasukannya. FOTO EPA
EFE

Liverpool: Pemain sayap Liverpool, Luis Diaz bersedia menikmati mimpinya apabila kelab Liga Perdana Inggeris itu menentang Real Madrid di final Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Ahad ini.

"Saya selalu bermimpi untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah, lebih-lebih lagi menentang lawan seperti Real Madrid, bagi saya, ia mimpi jadi kenyataan," kata pemain Colombia itu.

"Saya akan berusaha menikmati sepenuhnya detik ini dan bergembira."

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, the Reds menyedari cabaran menanti mereka apabila final berlangsung di Paris nanti.

"Kami semua sedar siapa Real Madrid, mereka adalah pasukan hebat dengan pengalaman luas. Tetapi, seperti yang saya katakan, pasukan kami mantap, bermain dengan baik dan akan membalas apa yang mereka lakukan."

"Tiada pasukan pilihan kerana ini final, ia adalah perlawanan apabila anda perlu bermain dari minit ke minit. Kami akan berikan 100 peratus."

Sejak tiba dari Porto pada awal tahun ini, Diaz cemerlang bersama Liverpool apabila menjaringkan empat gol daripada 13 penampilan dan merebut tempat dalam kalangan pemain ternama seperti Sadio Mane, Mohamed Salah, Firmino dan Diogo Jota.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 Mei 2022 @ 11:15 AM