TEN Hag tetap yakin kemampuan Ronaldo.  FOTO Agensi
TEN Hag tetap yakin kemampuan Ronaldo. FOTO Agensi
Agensi

London: Pengurus baharu Manchester United, Erik ten Hag mengesahkan Cristiano Ronaldo tersenarai dalam perancangannya musim depan.

Pengendali dari Belanda berusia 52 tahun itu mengadakan sidang akhbar pertamanya hari ini selepas perpindahan dari Ajax dan dia memberikan harapan kepada penyokong United ketika ditanya mengenai bintang Portugal terbabit.

Ketika ditanya sama ada Ronaldo termasuk dalam perancangannya, Ten Hag menjawab: "Sudah tentu!"

Dia ditanya lagi mengenai harapan terhadap Ronaldo, Ten Hag pantas berkata dia mahukan gol yang mencetuskan ketawa kecil daripada mereka yang hadir di bilik sidang media.

Menjawab soalan apa yang mahu dilihat daripada penyerang veteran itu, Ten Hag berkata: "Saya akan bercakap dahulu dengan Ronaldo sebelum saya beritahu anda."

Ronaldo menikmati musim cemerlang sekembalinya ke United tetapi dibayangi prestasi rakan sepasukan yang merudum musim ini.

Pemain berusia 37 tahun itu meledak 24 gol dalam 31 perlawanan semua kejohanan namun masa depannya di Old Trafford tetap mencetuskan tanda tanya.

Bagaimanapun, Ten Hag akhirnya mengesahkan CR7 tetap berada dalam fikirannya dalam usaha memulihkan semula reputasi Red Devils.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 Mei 2022 @ 8:37 PM