MBAPPE akan kekal bersama PSG sehingga 2025. -FOTO Reuters
MBAPPE akan kekal bersama PSG sehingga 2025. -FOTO Reuters
AFP

Paris: Kylian Mbappe berkata dia 'sangat gembira' untuk terus kekal di Paris Saint-Germain selepas presiden kelab itu mengumumkan bahawa pemenang Piala Dunia itu menolak tawaran Real Madrid untuk terus kekal di Perancis sehingga 2025.

"Saya sangat gembira untuk tinggal di Perancis, di Paris, di bandar saya," kata Mbappe kepada penyokong di Parc des Princes sebelum dia menandatangani perjanjian baru dan mencatatkan hatrik ketika menang 5-0 ke atas Metz pada perlawanan terakhir Ligue 1 musim ini.

Berdiri di sebelah presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi, Mbappe berkata: "Saya harap saya akan dapat terus melakukan apa yang paling saya suka - memenangi perlawanan bola sepak dan trofi bersama anda semua."

Jaringan hatrik Mbappe menjadikan jumlah gol yang dijaringkan musim ini kepada 28.

Keputusannya itu menamatkan spekulasi selama berbulan-bulan yang menghangatkan arena bola sepak dunia.

Real Madrid berusaha untuk mendapatkan Mbappe selama beberapa bulan dan dilaporkan bersetuju dengannya beberapa bulan lalu untuk berhijrah ke Sepanyol dengan perjanjian berjumlah 150 juta euros (RM695.47 juta)

Namun Mbappe tidak menyembunyikan hasratnya untuk bermain bersama Real satu hari nanti yang akan menentang Liverpool pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Paris hujung minggu depan selepas berjaya menjulang gelaran juara Sepanyol yang ke-35.

Sementara itu PSG yang berjaya memenangi kejuaraan Ligue 1 buat kali kesepuluh bagaimanapun tidak dapat meredakan hati penyokong yang berang selepas mereka tersingkir dalam perlawanan Liga Juara-Juara di peringkat 16 terbaik kepada Real, berjuang berhabis-habisan untuk mempertahankan aset terbesar mereka.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 Mei 2022 @ 7:31 AM