FODEN menewaskan tujuh pesaing lain. FOTO Reuters
FODEN menewaskan tujuh pesaing lain. FOTO Reuters
Reuters

London: Pemain tengah Manchester City, Phil Foden dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik Liga Perdana untuk tahun kedua berturut-turut, umum Liga Perdana hari ini.

Foden menewaskan tujuh pesaing lain untuk anugerah itu, termasuk Trent Alexander-Arnold, Declan Rice dan Bukayo Saka, selepas dia menerima undian terbanyak daripada orang ramai dan panel Liga Perdana.

"Saya amat berbangga kerana memenangi anugerah ini untuk musim kedua berturut-turut. Terdapat begitu ramai pemain muda berbakat dalam Liga Perdana dan ia adalah satu penghormatan untuk memenanginya sekali lagi," kata Foden.

Pemain berusia 21 tahun itu sudah menjaringkan sembilan gol dan membantu lima jaringan sepanjang 27 penampilan liga untuk pasukan bimbingan Pep Guardiola musim ini.

City boleh merangkul kejuaraan liga keempat dalam tempoh lima tahun jika menewaskan Aston Villa esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mei 2022 @ 8:12 PM