HOTEL buat Bale. -FOTO Agensi
HOTEL buat Bale. -FOTO Agensi
Agensi

Madrid: Real Madrid membuat tempahan hotel di Paris bernilai £2,500 (RM13,605) satu malam yang turut mempunyai padang golf untuk Gareth Bale menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara minggu depan .

Gergasi Sepanyol akan berehat beberapa hari tanpa gangguan menjelang pertembungan dengan Liverpool pada 28 Mei ini.

Mereka dilaporkan sudah membuat bayaran bagi keseluruhan kompleks mewah bertaraf lima bintang yang berkeluasan 7,800 hektar itu untuk kegunaan mereka sahaja.

Pemain dan kakitangan Los Blancos akan dijaga dengan baik sebagai persiapan menghadapi perlawanan akhir dalam usaha mereka memenangi Piala Eropah ke-14 mereka.

Bale, 32, berusaha untuk kekal cergas pada perlawanan itu seterusnya dipilih untuk diturunkan yang akan menjadi penampilan terakhirnya bersama kelab itu sebelum kontraknya tamat Jun ini.

ANTARA kemudahan di hotel berkenaan. -FOTO Agensi
ANTARA kemudahan di hotel berkenaan. -FOTO Agensi

Bagaimanapun, sekiranya dia gagal membuat kemunculan semula, pemain Wales itu pasti akan mengekalkan semangatnya di padang golf.

Bale sebelum ini menimbulkan kemarahan penyokong Real ketika meraikan kelayakan Euro 2020 dengan bendera -Wales, Golf, Madrid - mengikut susunan itu.

Hotel Auberge du Jeu de Paume terletak bersebelahan dengan Chateau de Chantilly, kira-kira 30 batu di utara Paris dan 40 minit pemanduan untuk ke Stade de France.

Terdapat 92 bilik dengan reka bentuk Perancis Abad Ke-18 di hotel yang terletak di kawasan luar bandar itu. Ia mempunyai bahagian daripada ladang milik Duke of Aumale.

Bilik yang termahal ialah Suite Presidential dengan harga £2,500 ((RM13,605) satu malam.

Ia bilik untuk dua orang dengan keluasan 200 meter persegi dan terdapat ruang tamu, ruang makan yang berasingan, bilik mandi marmar, bilik untuk almari pakaian dan pemandangan yang menakjubkan.

Tetapi tiada satu pun daripada mereka akan berada si hotel berkenaan pada malam 28, 27 atau 28 Mei ini apabila difahamkan Real akan berada di bandar.

Skuad Carlo Ancelotti akan mempunyai akses tanpa had dan eksklusif ke kolam renang, spa dengan urutan, sauna, mandian Turki dan gimnasium.

Ancelotti mempunyai pilihan lima bilik persidangan yang mana semuanya dilengkapi dengan teknologi terkini untuk pertemuan pra-perlawanan menjelang pertembungan genting menentang The Reds.

Individu penting seperti pengarah dan presiden Real, Florentino Perez akan kekal pusat Paris.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Mei 2022 @ 12:16 PM