FLORES (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
FLORES (kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO EPA
AFP

Montevideo: Gol pemain gantian, Edison Flores membolehkan Peru melakar kemenangan 1-0 ke atas Colombia yang menyaksikan penjaga golnya, David Ospina gagal beraksi dengan baik pada kempen kelayakan Piala Dunia, hari ini.

Salomon Rondon pula menjaringkan hatrik ketika Venezuela menewaskan Bolivia yang beraksi dengan 10 pemain 4-1.

Peru kurang memperoleh peluang tetapi lima minit sebelum tamat perlawanan Ospina gagal menafikan cubaan Flores dari sudut sukar.

Colombia mendominasi hampir keseluruhan perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol untuk perlawanan keenam berturut-turut.

Keputusan itu menyaksikan Peru menduduki tempat keempat yang juga tiket terakhir untuk layak secara automatik ke Piala Dunia ketika berbaki tiga perlawanan lagi.

Colombia pula jatuh di tangga keenam, tiga mata di belakang Peru yang tidak memperoleh peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Uruguay menduduki tempat kelima, satu mata di belakang Peru selepas Luis Suarez menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan Paraguay 1-0 di tempat lawan.

Dengan Brazil dan Argentina sudah layak, enam pasukan kini merebut dua lagi tempat automatik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 January 2022 @ 9:39 AM