Pierre-Emerick Aubameyang
Pierre-Emerick Aubameyang
Agenda

London: Pierre-Emerick Aubameyang meminta gaji dua kali ganda lebih tinggi daripada Zlatan Ibrahimovic selepas AC Milan mengemukakan tawaran untuk mendapatkan khidmat bintang Arsenal itu.

Pemain kebangsaan Gabon itu tidak beraksi bersama skuad Gunners selepas pengendalinya Mikel Arteta mengenakan tidak disiplin kepada penyerang itu termasuk melucutkan jawatan kapten pasukan.

Bekas tonggak Borussia Dortmund itu dilaporkan hampir pasti meninggalkan Stadium Emirates sekalipun terpaksa mencari kelab sesuai yang mampu menampung permintaan gaji tingginya.

Aubameyang sudahpun menolak tawaran perpindahan secara pinjaman ke gergasi Arab Saudi, Al Nassr kerana dipercayai mahu kekal beraksi di Eropah.

Namun penyertaan bersama AC Milan tampak belum pasti selepas laporan menyatakan rundingan masih dijalankan di antara kedua-dua pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 8:43 PM