SALAH (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menyempurnakan sepakan penalti. FOTO AFP
SALAH (tengah) meraikan bersama rakan sepasukan selepas menyempurnakan sepakan penalti. FOTO AFP
AFP

Douala: Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti paling penting ketika membantu Mesir menewaskan Ivory Coast menerusi menentuan penalti hari ini sekali gus mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika.

Bintang Liverpool itu tenang melaksanakan tugasnya dengan hanya pemain Ivory Coast, Eric Bailly gagal menyempurnakan sepakan penalti di Douala yang menyaksikan Mesir menang menerusi penentuan penalti 5-4

Aksi sebenar pusingan 16 terakhir kedua-dua pasukan berakhir tanpa jaringan selepas masa tambahan.

Mesir yang juga juara lapan kali kejohanan itu, akan bertemu Maghribi pada pertembungan suku akhir di Yaounde, Ahad ini.

Skuad bimbingan Carlos Queiroz melangkah ke suku akhir di sebalik hanya hanya menjaringkan dua gol sepanjang empat perlawanan di Cameroon setakat ini.

"Kadang-kadang penalti bergantung kepada tuah. Hari ini saya fikir pasukan terbaik di atas padang diberi ganjaran pada penentuan penalti. Hari ini adalah hari kami," kata Queiroz.

"Saya tidak boleh sepenuhnya menyalahkan pemain. Ia bukan seolah-olah mereka terlepas setiap penalti," kata jurulatih Ivory Coast, Patrice Beaumelle.

Salah sering menjadi tumpuan utama di Douala yang menyaksikan penyokong bersorak setiap kali wajarnya terpampang di skrin besar dekat namun bintang Liverpool itu kadangkala dilihat bergelut ketika beraksi Stadium Japoma.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 6:56 AM