DELL Akbar (kiri) berkata percanggahan maklumat membabitkan pemilihan pemain untuk dibawa ke Piala AFF 2020 turut menyebabkan isu berkenaan tiada jalan penyelesaian. FOTO Bernama
DELL Akbar (kiri) berkata percanggahan maklumat membabitkan pemilihan pemain untuk dibawa ke Piala AFF 2020 turut menyebabkan isu berkenaan tiada jalan penyelesaian. FOTO Bernama
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Siapa yang betul dan individu mana pula perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan skuad Harimau Malaya pada perlawanan Piala AFF 2020 tempoh hari?

Persoalan itu sudah semestinya bermain di kalangan penyokong dan pemerhati bola sepak negara yang mahu mengetahui siapa 'dalang' kepada prestasi buruk skuad Harimau Malaya.

Berdasarkan kepada hasil Badan Siasatan Bebas membabitkan kegagalan pasukan kebangsaan sepanjang kejohanan Piala AFF 202 di Singapura jelas terdapat beberapa isu perlu diambil berat atau ditambah baik bagi memastikan skuad Harimau Malaya terus mencapai kegemilangan pada masa akan datang.

Menurut Pengerusi Badan Siasatan Bebas Datuk Dell Akbar Khan, semua tidak terlepas daripada melakukan kesilapan hingga menyumbang kepada kekalahan skuad Harimau Malaya.

Bekas Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu berkata, hasil daripada kajian siasatan itu bukanlah mahu menuding jari kepada individu tertentu namun lebih kepada inisiatif yang perlu dilakukan pihak berkaitan untuk meningkatkan lagi kualiti skuad kebangsaan pada masa akan datang.

"Hasil siasatan saya bukanlah untuk katakan siapa betul atau salah kerana saya bukanlah mahkamah untuk menentukan perkara itu.

"Tengok secara menyeluruh dan jangan tengok pada satu perkara saja, kerana banyak pihak yang menyumbang kepada kegagalan ini.

"Ketua jurulatih ada kelemahannya, sama juga kepada pihak pengurusan dan juga pemain ada kesilapan yang dilakukan mereka," katanya.

Selain itu, Dell berkata, percanggahan maklumat membabitkan pemilihan pemain untuk dibawa ke kejohanan Piala AFF 2020 turut menyebabkan isu berkenaan tiada jalan penyelesaian.

"Berdasarkan kepada Tan Cheng Hoe, beliau tidak mendapat pemain utama yang diinginkan namun apabila bertanya kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin) jurulatih boleh panggil siapa saja yang diingini.

"Dekat sini, saya tak tahu mana yang betul dan saya hanya boleh ambil laporan surface saja," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 10:18 PM