Carlo Ancelotti (kiri) meraikan kemenangan bersama penyerang Real Madrid, Eden Hazard selepas aksi Piala Raja Sepanyol. FOTO AFP
Carlo Ancelotti (kiri) meraikan kemenangan bersama penyerang Real Madrid, Eden Hazard selepas aksi Piala Raja Sepanyol. FOTO AFP
Reuters

Madrid: Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti berang dengan jadual perlawanan selepas skuadnya menewaskan Elche 2-1 menerusi masa tambahan, pagi ini, untuk mara ke suku akhir Piala Raja Sepanyol, yang juga perlawanan kalah mati ketiga mereka dalam lapan hari.

Real terpaksa melakukan perjalanan ke Arab Saudi untuk beraksi dalam Piala Super Sepanyol, yang dimenangi mereka selepas menewaskan Athletic Bilbao pada Ahad lalu.

"Apa yang harus saya katakan? Jadual perlawanan yang sangat tidak masuk akal," kata Ancelotti.

"Ia tidak dapat dielakkan dan perlu diubah, saya harap mereka yang melakukannya sedar dan menghasilkan jadual perlawanan yang lebih adil."

Ia adalah perlawanan kedua Real Madrid yang berlarutan ke masa tambahan dalam tempoh lapan hari selepas mereka menewaskan seteru tradisi, Barcelona, 3-2 pada aksi separuh akhir Piala Super.

Ancelotti merehatkan beberapa pemain utama menentang Elche.

"Ia adalah pencapaian kemenangan yang besar dengan cara yang kami lakukan di Elche. Saya sangat gembira," kata pengendali dari Itali itu.

"Saya fikir ia adalah antara perlawanan yang memberikan kegembiraan buat saya untuk menang musim ini kerana pemain menunjukkan karakter dan kekuatan.

"Anda boleh bercakap mengenai kesulitan tetapi anda harus melihat pada karakter pasukan ini."

Ancelotti memuji aksi Isco dan Eden Hazard yang meledak dua jaringan Real selepas dimasukkan sebagai pemain gantian pada masa tambahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 January 2022 @ 8:31 AM