Pemain Real Sociedad, Adnan Januzaj (kanan) dicabar pemain Atletico Madrid dalam aksi Piala Raja Sepanyol. FOTO EPA
Pemain Real Sociedad, Adnan Januzaj (kanan) dicabar pemain Atletico Madrid dalam aksi Piala Raja Sepanyol. FOTO EPA
Reuters

Madrid: Juara LaLiga, Atletico Madrid tersingkir dari saingan Piala Raja Sepanyol selepas tewas 0-2 di Real Sociedad dalam kelompok 16 terakhir, pagi ini.

Sociedad mendahului jaringan pada minit ke-33 menerusi gol menarik Adnan Januzaj yang melompat mengatasi tiga pemain pertahanan untuk menanduk ke penjuru kiri mengatasi jangkaan Jan Oblak.

Tuan rumah menambah jaringan selepas memanfaatkan kesilapan dilakukan pertahanan lawan, apabila Mikel Oyarzabal merampas bola dari Felipe dan membuka ruang buat Alexander Sorloth melakukan rembatan pada jarak dekat.

Skuad The Basque menyertai Valencia, Real Betis, Rayo Vallecano, Mallorca dan Cadiz di suku akhir manakala Real Madrid akan berdepan Elche dan Athletic Bilbao melayan kunjungan Barcelona awal pagi esok dalam dua lagi aksi kelompok 16 terakhir perlawanan.

Ia adalah kekalahan kedua dalam masa seminggu yang sangat mengecewakan buat Atletico selepas tewas 1-2 kepada Athletic Bilbao dalam saingan separuh akhir Piala Super Sepanyol dekat Arab Saudi.

Mereka berada di tempat keempat dalam carta LaLiga, 16 mata di belakang pendahulu, Real Madrid, Atletico berdepan tanda tanya dan tekanan terus berlegar kepada pengendali mereka Diego Simeone.

"Ini adalah Atletico dan kami akan memberikan semuanya yang perlu untuk kembali bangkit. Kami akan kembali.

"Kami akan terus berjuang. Ia situasi yang agak buruk tetapi kami pasti akan bangkit," kata pemain pertahanan, Mario Hermoso.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 7:25 AM