BILLY Ketkeophomphone. FOTO Agensi
BILLY Ketkeophomphone. FOTO Agensi
Asrol Awang


Kuantan: Sri Pahang FC sudah pasti lega apabila bintang kacukan Laos, Billy Ketkeophomphone sudah berada di negara ini.

Sumber kelab itu berkata, pemain berumur 31 tahun itu tiba minggu lalu dan kini menjalani kuarantin.

"Sudah pasti kehadiran Ketkeophomphone bagi melengkapkan lima kuota import yang akan menjadi sandaran Sri Pahang musim ini.

"Pemain berdarah Laos-Perancis ini dijangka menyertai pasukan hujung minggu ini.

"Kami mengharapkan kehadiran penyerang import yang memiliki pengalaman luas bersama kelab di Liga Perancis mampu melonjak prestasi pasukan," kata sumber itu.

Dengan kehadiran Ketkeophomphone, penyerang itu yang didaftarkan atas kuota pemain Asia Tenggara akan bergandingan dengan pemain import dari Jordan, Mahmoud Za'tara di bahagian serangan.

Difahamkan, antara faktor Ketkeophomphone memilih Sri Pahang ialah galakan daripada bekas penyerang import Sri Pahang, Dickson Nwakaeme.

Ini kerana Nwakaeme dan Billy pernah bermain bersama dengan kelab Perancis, Angers SCO pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 January 2022 @ 10:49 PM