BENITEZ akhirnya dipecat Everton selepas prestasi terumbang-ambing musim ini. FOTO AFP
BENITEZ akhirnya dipecat Everton selepas prestasi terumbang-ambing musim ini. FOTO AFP
Reuters

Liverpool: Everton memecat pengurus mereka Rafa Benitez susulan kekalahan 1-2 kepada Norwich City, sekali gus menyaksikan kelab Merseyside itu hanya dibezakan enam mata di atas zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL) dan menghuni tempat ke-15.

"Benitez, yang menyertai Everton pada Jun 2021, akan meninggalkan kelab berkuat kuasa serta merta," jelas kelab berkenaan.

Everton dalam kenyataan di laman web rasmi mereka berkata, perkembangan terkini mengenai pengganti akan dibuat dalam masa terdekat.

Duncan Ferguson dijangka sekali lagi akan memikul tugas sebagai pengurus sementara.

Sementara itu, Wayne Rooney dan Roberto Martinez sedang bersaing untuk jawatan sebagai pengurus tetap.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 11:11 PM