Penyerang Nottingham Forest, Lewis Grabban (dua kiri) meraikan jaringan berdepan Arsenal pada aksi Piala FA. FOTO  AFP
Penyerang Nottingham Forest, Lewis Grabban (dua kiri) meraikan jaringan berdepan Arsenal pada aksi Piala FA. FOTO AFP
AFP

London: Nottingham Forest memalukan juara 14 kali Arsenal dalam saingan Piala FA pagi ini, manakala Tottenham dan Liverpool terselamat daripada lawan kelab bawahan untuk meneruskan kemaraan.

West Ham menyingkirkan Leeds 2-0 dalam saingan pusingan ketiga perlawanan yang menyaksikan pertembungan kelab Liga Perdana sementara Wolves menewaskan Sheffield United 3-0.

Bagaimanapun, Arsenal kendalian Mikel Arteta beraksi kurang meyakinkan berdepan Forest dan terpaksa membayar harga tinggi kerana beraksi di bawah keupayaan sebenar apabila tewas 0-1.

Detik kemenangan itu hadir pada minit ke-83 apabila Lewis Grabban menyempurnakan hantaran menarik Ryan Yates untuk mengesahkan pertemuan dengan penyandang juara, Leicester pada pusingan berikutnya.

"Saya tidak mahu memberi sebarang alasan, saya mengharapkan pasukan ini melakukan lebih baik dan jadi apabila tidak melakukannya di saingan piala kami terkeluar," kata Arteta dalam nada kecewa dan kini hanya perlu menumpukan pada aksi Liga Perdana.

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berang dengan aksi pemainnya. FOTO AFP
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta berang dengan aksi pemainnya. FOTO AFP

"Hari ini membuktikan kami tidak berkemampuan untuk menang berdepan Forest dan tidak meletakkan tahap untuk menang perlawanan," katanya.

"Ada banyak isu dan hari ini kami tidak melakukannya."

Namun bos Forest, Steve Cooper berkata pasukannya berhak memenangi perlawanan yang cukup bermakna itu.

"Saya sangat bangga dengan pemain, aksi yang terpuji," katanya.

"Sangat hebat untuk meneruskan kemaraan dan saya harap pemain akan lebih percaya dengan apa yang kami lakukan."

Dalam perlawanan lebih awal, Spurs ketinggalan pada babak pertama menentang lawan dari Liga Satu, Morecambe tetapi Harry Winks menyamakan kedudukan dan pemain gantian Lucas Moura serta Harry Kane meledak gol lewat untuk mengesahkan kemenangan 3-1

KEPUTUSAN PUSINGAN KETIGA PIALA FA INGGERIS:

Luton 4 (Adebayo 18, Jerome 50, Naismith 82, Berry 88) Harrogate 0

Cardiff 2 (Davies 42, Harris 116) Preston 1 (Johnson 54-pen) aet

Charlton 0 Norwich 1 (Rashica 79)

Liverpool 4 (Gordon 34, Fabinho 44-pen, 90+3, Firmino 78) Shrewsbury 1 (Udoh 27)

Stoke 2 (Ince 43, Campbell 89) Leyton Orient 0

Tottenham 3 (Winks 74, Moura 85, Kane 88) Morecambe 1 (O'Connor 33)

West Ham 2 (Lanzini 34, Bowen 90+3) Leeds 0

Wolves 3 (Podence 14, 80, Semedo 72) Sheffield United 0

Nottingham Forest 1 (Grabban 83) Arsenal 0

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 January 2022 @ 7:01 AM