ERIKSEN rebah di atas padang ketika saingan Euro tahun lalu. FOTO EPA
ERIKSEN rebah di atas padang ketika saingan Euro tahun lalu. FOTO EPA
AFP

Copenhagen: Bintang Denmark, Christian Eriksen yang mengalami serangan jantung pada Kejohanan Eropah dan sejak itu dipasang alat mengawal degupan jantung, berharap dapat beraksi di Piala Dunia dekat Qatar, katanya dalam wawancara televisyen Denmark yang disiarkan semalam.

Eriksen menamatkan kontraknya bersama Inter Milan menerusi persetujuan bersama selepas liga di Itali tidak membenarkan pemain beraksi jika menggunakan alat mengawal degupan jantung.

"Saya mahu bermain bola sepak. Tiada sebab untuk tidak tidak dapat melakukannya.

"Doktor beritahu segala-galanya berada dalam keadaan baik. Jadi saya dapat rasakan dibenarkan untuk beraksi semula.

CHRISTIAN Eriksen. FOTO EPA
CHRISTIAN Eriksen. FOTO EPA

"Impian saya adalah untuk beraksi di Piala Dunia dekat Qatar pada November dan Disember 2022. Sama ada saya terpilih atau tidak ia adalah perkara lain. Yang penting saya boleh kembali beraksi," katanya.

Bekas bintang Tottenham itu mengalami serangan jantung ketika aksi pembukaan Euro 2020 bertemu Finland dekat Copenhagen pada 12 Jun tahun lalu sebelum diusung keluar dari padang.

Denmark kemudian mempamer aksi cemerlang di kejohanan itu apabila mara sehingga ke separuh akhir.

Eriksen kemudian berada di hospital selama beberapa hari dan dipasang alat berkenaan untuk mengawal degupan jantungnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 January 2022 @ 8:06 AM