UNAL cuba menembusi gawang Real Madrid yang dikawal Thibaut Courtois.
UNAL cuba menembusi gawang Real Madrid yang dikawal Thibaut Courtois.
AFP

Madrid: Carlo Ancelotti berkata Real Madrid 'masih dalam percutian' selepas tewas mengejut 0-1 kepada Getafe manakala Barcelona menang tipis 1-0 di Mallorca awal pagi tadi.

Kekalahan Madrid yang pertama dalam tempoh tiga bulan selepas kesilapan Eder Militao pada awal babak pertama membolehkan Enes Unal meledak gol kemenangan di Coliseum Alfonso Perez.

"Kami sedang bercuti dengan tambahan satu hari lagi," kata Ancelotti. "Pasukan ini tidak sama seperti pasukan yang beraksi sebelum Krismas, kurang komitmen dan konsentrasi.

"Kami tak sepatutnya kalah dan kekalahan ini satu peringatan kepada kami."

Barcelona pula tanpa lapan pemain utama yang positif Covid-19 minggu lalu manakala enam yang lain tersisih akibat kecederaan atau penggantungan.

Xavi Hernandez berkata kelmarin, adalah gila meneruskan perlawanan ketika Jordi Alba, Ousmane Dembele dan Gavi antara yang dijangkiti manakala Sergio Busquets digantung satu perlawanan. Pedri, Ansu Fati serta Memphis Depay pula mengalami kecederaan.

Namun Barcelona berjaya melonjak ke tangga kelima, satu mata di belakang Atletico Madrid, hasil tandukan Luuk de Jong di Mallorca.

"Dengan tanpa kesemua mereka, tiga mata ini amat berharga kepada kami," Xavi said.

"Misi pertama kami musim ini ialah mengisi slot Liga Juara-Juara dan kami menghampirinya."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 8:17 AM