KYLIAN Mbappe. FOTO AFP
KYLIAN Mbappe. FOTO AFP
AFP

Paris: Penyerang sensasi, Kylian Mbappe berkata dia akan menghabiskan musim ini bersama Paris Saint-Germain (PSG).

Bintang berusia 23 tahun itu ditanya jika dia akan menyertai Real Madrid dalam tempoh terdekat menerusi satu temuramah bersama CNN dan dia pantas membalasnya.

"Bukan pada Januari," kata Mbappe yang menyaksikan Madrid cuba membelinya pada Julai lalu dengan nilai perpindahan 180 juta euro (RM851 juta).

PSG baharu menandatangani Lionel Messi dari Barcelona tetapi menolak tawaran lumayan Madrid.

Bagaimanapun dengan jendela perpindahan pemain dibuka semula, Madrid dijangka akan berusaha sekali lagi mendapatkan Mbappe.

Mbappe sudah menyatakan pendiriannya ketika menerima anugerah pemain terbaik tahunan dari Globe Soccer pada satu majlis di Burj Khalifa dekat Dubai.

"Saya bersama PSG dan sangat gembira. Saya 100 peratus akan menamatkan musim ini bersama kelab ini.

"Saya diberikan peluang untuk cuba memenangi Liga Juara-Juara, kejuaraan liga dan Piala Perancis.

Perkara utama yang saya fokuskan ketika ini adalah untuk menewaskan Real Madrid pada Februari dan Mac," katanya mengenai kelabnya yang akan bertemu Madrid pada pusingan kedua Liga Juara-Juara.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Disember 2021 @ 7:46 AM