RONALDO meraikan kejayaan menjaringkan gol tunggal buat Untied. -FOTO AFP
RONALDO meraikan kejayaan menjaringkan gol tunggal buat Untied. -FOTO AFP
AFP

Norwich: Ralf Rangnick mempersoalkan gaya Manchester United selepas sepakan penalti Cristiano Ronaldo untuk meraih kemenangan 'bertuah' 1-0 ke atas pasukan bergelut Norwich, awal pagi tadi.

Ronaldo menyempurnakan penalti pada separuh masa kedua untuk memberikan Rangnick kemenangan kedua dalam Liga Perdana sejak menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat.

United mendapati sukar untuk mereka mengekalkan rentak dalam tempoh yang lama dengan David de Gea menyelamatkan beberapa percubaan sebelum Ronaldo menjaringkan gol ke-13 sejak kembali bersama kelab itu dari Juventus Ogos lalu.

"Ia adalah perlawanan yang sangat sengit, sangat fizikal," kata Rangnick.

"Kami perlu mampu untuk bersaing di peringkat seperti itu. Masih ada ruang yang perlu ditambah baik di beberapa kawasan.

"Pada separuh masa kedua permainan sedikit lebih baik tetapi pada akhirnya kami bernasib baik kerana mempunyai rekod bersih tapi masih banyak yang perlu dilakukan.

"Ia juga persoalan mengenai bahasa badan dan fizikal, ia adalah isu utama yang kami boleh lakukan dengan lebih baik."

Skuad kendalian Rangnick kini berkedudukan tempat kelima Liga Perdana, sama mata dengan pasukan tangga keempat, West Ham ketika pengendali Jerman itu menyasarkan untuk kembali mencari tempat ke Liga Juara-Juara.

United perlu membuktikan kemampuan mereka apabila turun berdepan pasukan tercorot liga, Rangnick berjaya mengekalkan rekod kemenangan tanpa dibolosi dengan corak permainan dilihat berbeza ketika mereka tewas 1-4 kepada Watford yang menyaksikan era Solskjaer ditamatkan.

Rangnick mengekalkan kepercayaannya dalam pasukan apabila menewaskan Crystal Palace 1-0 dalam perlawanan pertamanya minggu lalu dan mahu memperkenalkan gaya tekanan menerusi tempo yang tinggi kepada United.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Disember 2021 @ 9:02 AM