Pemain tengah Dortmund, Jude Bellingham (kiri) ketika beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara berdepan Besiktas. FOTO EPA
Pemain tengah Dortmund, Jude Bellingham (kiri) ketika beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara berdepan Besiktas. FOTO EPA
AFP

Berlin: Pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham didenda 40,000 euro (RM190,495) kerana mengkritik pengadil selepas pasukannya tewas dalam aksi Bundesliga kepada Bayern Munich, Sabtu lalu.

Pemain England itu turut dituntut untuk memohon maaf secara peribadi terhadap pengadil perlawanan terbabit.

Persatuan Bolasepak Jerman (DFB) berkata mereka mendenda Bellingham kerana tidak mempunyai semangat kesukanan bagaimanapun pemain berusia 18 tahun itu bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman penggantungan.

Bellingham mempertikaikan beberapa keputusan pengadil perlawanan Felix Zwayer ketika Dortmund tewas 2-3 di laman sendiri dalam pertembungan membabitkan dua pasukan teratas Bundesliga.

Selain mendakwa Zwayer pernah terbabit dalam skandal mengatur perlawanan dalam sejarah bola sepak Jerman.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Disember 2021 @ 12:11 PM