Agensi

London: Rafael Benitez berkata dia boleh membantu membimbing Everton pada arah yang betul selepas mengakui ketiadaan Marcel Brands memberinya lebih banyak ruang untuk mengendalikan pasukan.

Pengendali warga Sepanyol itu diberi suntikan semangat dengan kejayaan menewaskan Arsenal 2-1, sekali gus menyaksikan berakhirnya kemarau kemenangan selepas lapan perlawanan.

Brands berkata pemergiannya sebagai pengarah bola sepak hadir selepas 'mempunyai pandang berbeza' dengan kelab berkenaan.

Ditanya sama ada ia akan memberi lebih peluang kepada Benitez dari segi perpindahan bos Everton itu berkata: "Anda boleh berkata seperti itu."

Tambahnya: "Saya berkerja hampir setahun bersama pengarah bola sepak. Ia bukan satu isu. Kini kami harus memikirkan mengenai masa depan dan kami harus memikul tanggungjawab ini.

"Kelab sudah bertukar pengurus sejak akhir-akhir ini dan kini mereka mahu melakukan sesuatu untuk jangka panjang dengan idea yang jelas seperti apa yang mahu kami capai.

"Dengan pengalaman saya dan individu yang berada di kelab ini, saya yakin kami mampu mencapai impian itu."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 11:14 AM