REAKSI Gerrard ketika Villa menentang Leicester City di Villa Park.
REAKSI Gerrard ketika Villa menentang Leicester City di Villa Park.
Agensi

London: Steven Gerrard sedia mengawal emosi dalam perlawanan pertamanya di Liverpool sebagai pengurus pasukan lawan selepas menghadiahkan Aston Villa kemenangan ketiga daripada empat aksi pertama kendaliannya.

Ezri Konsa meledak dua gol bagi membantu Villa bangkit menewaskan Leicester 2-1 yang sebelum itu terlebih dahulu di depan hasil jaringan Harvey Barnes.

Gerrard kini menumpukan kunjungan Villa ke Anfield pada Sabtu ini.

Dia menghabiskan 17 tahun sebagai tonggak utama Liverpool dan salah seorang kapten terhebat namun menegaskan kerisauannya apabila menentang skuad Jurgen Klopp.

'Kami akan ke Anfield dan cuba menyukarkan mereka bagi mendapatkan mata,' kata Gerrard. 'Dari segi emosi, saya akan uruskan.

'Ia mengenai pasukan dan menyiapkan mereka dengan sebaiknya untuk mendapatkan keputusan. Jika yang lain melakukannya, saya tidak dapat mengawalnya tetapi ia mengenai kami yang akan ke sana dengan keyakinan.'

Pengendali The Foxes, Brendan Rodgers pula kecewa selepas skuadnya tewas menerusi 'set piece' buat kali ke-10 dalam aksi liga musim ini.

Katanya: 'Kelemahan kami amat ketara ketika 'set pieces'. Ia boleh menjejaskan keyakinan pasukan tetapi anda perlu jalankan tugas. Ia perlu kami perbaiki.'

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 10:07 AM