DYBALA (kanan) melepaskan rembatan ketika menentang Genoa FC di  Turin.
DYBALA (kanan) melepaskan rembatan ketika menentang Genoa FC di Turin.
AFP

Rome: Juan Cuadrado dan Paulo Dybala menjaringkan gol ketika Juventus menewaskan skuad kendalian Andriy Shevchenko, Genoa 2-0 untuk kemenangan keempat daripada lima perlawanan Serie A.

Sepakan sudut Cuadrado terus melepasi kepala penjaga gol Genoa pada minit kesembilan dan rembatan Dybala pada babak kedua melonjakkan Juve ke tangga kelima.

Kemenangan itu melonjakkan semangat skuad Massimiliano Allegri bagi merapatkan jurang tujuh mata dalam misi memburu slot Liga Juara-Juara.

Juve kini 11 mata di belakang pendahulu AC Milan dengan perlawanan menentang Venezia, Bologna dan Cagliari menunggu sehingga Krismas.

"Kami tahu kami perlu meneruskan momentum, menang sebanyak mungkin bulan ini bagi merapatkan jurang dengan kelab di atas kami," kata Dybala kepada DAZN.

Genoa pula hanya sekali menang daripada 16 perlawanan musim ini dan hanya meraih satu mata daripada empat perlawanan di tempat lawan sejak dikendalikan bekas bintang Ukraine dan Milan, Shevchenko.

Mereka masih gagal menjaringkan gol di bawah kendalian pemenang Ballon d' Or 2004 itu dan tidak membuat walau satu percubaan tepat ke gawang Juve.

Dalam perlawanan lain, penjaring terbanyak bersama liga Dusan Vlahovic menjaringkan gol kemenangan menerusi penalti ketika menewaskan menang 3-2 di Bologna bagi membolehkan Fiorentina sama mata dengan Juventus.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Disember 2021 @ 8:16 AM