Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Kemenangan Kuala Lumpur City (KL City) FC diraikan jutaan peminat bola sepak dan tidak ketinggalan Presiden Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Sanusi ketika tampil pada satu majlis memberi ucapan dengan memulakan pantun berbunyi, "Dari Kedah ke Singapura, singgah ke KL membeli gula, saya membawa berita gembira, JDT kalah lawan bola.

Pantun berkenaan turut dibalas di ruangan komen oleh Wann, "Nabil kerja dekat port, singgah ke pasar beli udang galah, sembang banyak player import, takkan dengan KL City pun kalah.

Manakala AzlanEF turut memberi komen dengan mengatakan 'tumpang gembira pun jadilah walaupun Kedah kalah hari tu."

Sanusi dalam laman Facebooknya turut memuat naik status berbunyi 'sapa ada gambaq rimau jalan tersipu-sipu. Tahniah KL City.

REAKSI pemain JDT, Bergson da Silva selepas tewas kepada KL City.
REAKSI pemain JDT, Bergson da Silva selepas tewas kepada KL City.

Saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira. Biarpun KL City menjulang Piala Malaysia namun tumpuan lebih diberikan kepada kehangatan orang kuat kedua-dua pasukan berkenaan - Sanusi dan pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang berbalas kenyataan di media sosial seperti pengguna media sosial lain.

Sebelum ini Sanusi menerima penghantaran daripada TMJ berbentuk makanan segera McDonald's bersama empat belon berwarna biru dan merah (warna rasmi JDT).

Perkara itu dikongsikan oleh TMJ sendiri melalui ruangan IG Story ketika pertembungan suku akhir Piala Malaysia antara Kedah dan JDT.

Turut diserahkan ialah sejambak bunga dengan mesej tertulis: "Dengan ingatan tulus ikhlas, TMJ."

Membalas perkara itu seorang peminat bola, Khairil Anuar dalam ruangan Twitternya memuat naik status "Harap esok Sanusi Md Nor hantar laksa Kedah kat TMJ dengan belon warna kuning hijau. Dekat notes ada tulis. "Makan la sikit, nanti sakit.."

Perang media sosial kedua-dua individu penting KDA FC dan JDT ini bermula selepas TMJ menegur pengurusan KDA FC yang hanya menjelaskan bayaran gaji yang tertunggak selama dua bulan sebelum perlawanan suku akhir yang mempertemukan kedua-dua pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 12:24 PM