Ray Kennedy. FOTO Agensi
Ray Kennedy. FOTO Agensi
Agensi

London: Legenda Liverpool dan Arsenal, Ray Kennedy meninggal dunia pada usia 70 tahun.

Pemain tengah itu melakukan 393 penampilan buat Liverpool, sudah sekian lama bertarung dengan penyakit Parkinson sejak disahkan menghidapinya pada 1986.

Dia tiba di Anfield pada 1974 dan beraksi lebih 200 kali buat Arsenal, memenangi dua kejuaraan liga dan piala bersama kelab utara London berkenaan pada 1971.

Dia kemudian menjulang 11 trofi utama bersama gergasi Merseyside sepanjang lapan tahun beraksi, memenangi lima kejuaraan liga dan Piala Eropah dalam tiga pertandingan.

Dia kemudian beraksi untuk Swansea City, Hartlepool, Pezoporikos dan Ashington sebelum bersara pada 1985.

Sepanjang kariernya, Kennedy turut melakukan 17 kap penampilan bersama England dan meledak tiga gol.

Dia turut disenaraikan dalam skuad Euro 1980 yang tersingkir di peringkat kumpulan.

Bekas penjaga gol Arsenal, Bob Wilson menyifatkan mendiang Kennedy sebagai seorang pemain yang mempunyai daya ketahanan tinggi dan melakukan tugasnya dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 12:03 PM