REAKSI Fernandinho (tengah) selepas menjaringkan gol kedua untuk Man City. FOTO EPA
REAKSI Fernandinho (tengah) selepas menjaringkan gol kedua untuk Man City. FOTO EPA
AFP

London: Manchester City menewaskan West Ham 2-1 untuk kembali menduduki tangga kedua Liga Perdana ketika pengurus Watford, Claudio Ranieri melalui kepulangan yang mengecewakan ke Leicester.

City di depan menerusi gol Ilkay Gundogan yang melakukan penyudah mudah pada minit ke-32.

Pemain gantian, Fernandinho menjadikan kedudukan 2-0 apabila menjaringkan gol minit ke-90.

Manuel Lanzini memperoleh gol saguhati untuk West Ham pada masa kecederaan namun ia belum mencukupi bagi skuad bimbingan David Moyes mengelak daripada mengalami kekalahan kali kedua berturut-turut.

"Kami mempunyai tiga atau empat peluang terbaik. Setiap pemain sudah memberikan aksi terbaik mereka," kata Guardiola.

Sementara itu, Ranieri menyaksikan penyerang sensasi Leicester, Jamie Vardy masih berbisa apabila meledak dua gol ketika menewaskan Watford 4-2 di Stadium King Power.

Ranieri yang dikenali kerana memenangi Liga Perdana bersama Leicester pada 2016, disambut dengan baik ketika kembali ke stadium itu selepas meninggalkan kelab itu di awal tahun seterusnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 November 2021 @ 8:15 AM