SANCHO (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Fred. FOTO EPA
SANCHO (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Fred. FOTO EPA
AFP

London: Pendahulu Liga Perdana, Chelsea sekadar seri 1-1 ketika bertemu Manchester United di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Pemain tengah Blues, Jorginho muncul penyelamat apabila menyamakan kedudukan sekali gus menebus kesilapannya yang menyaksikan Jadon Sancho meletakkan pelawat di depan seketika.

Chelsea ketinggalan selepas Jorginho gagal mengawal bola dengan baik yang menyaksikan Sancho berjaya menjaringkan gol pada awal separuh masa kedua.

Bagaimanapun Jorginho menebus kesilapan itu apabila menjaringkan gol menerusi sepakan penalti selepas Aaron Wan-Bissaka mengasari Thiago Silva.

Ia adalah keputusan memberangsangkan untuk United di bawah bimbingan bekas pemain tengahnya, Michael Carrick yang menjadi pengendali sementara selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.

United bakal melantik bekas jurulatih RB Leipzig, Ralf Rangnick selaku pengurus sementara dalam tempoh terdekat sehingga hujung musim ini.

Carrick yang mengambil keputusan merehatkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan bagaimanapun tidak berpuas hati dengan prestasi barisan pemainnya.

"Kecewa sebenarnya," katanya Carrick kepada Sky Sports.

"Apabila anda di depan pada perlawanan seperti ini dan kemudiannya meraih keputusan seri, ia agak mengecewakan.

"Saya sama sekali tidak rasa ia adalah penalti. Saya rasa kami bertahan dengan baik dan tidak akan menyalahkan pemain."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 November 2021 @ 7:06 AM